Berita PAS Kuala Linggi

Laman Web Rasmi Parti Islam Semalaysia (PAS) Kuala Linggi



[Read More...]


PAS Melaka akan menang minima 9 kerusi



PAS Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 9 kerusi pada Pilihanraya umum akan datang. Perkara ini ditegaskan oleh salah seorang pimpinan tertinggi parti malam tadi. Kemenangan ini memang tidak mustahil berdasarkan kepada penerimaan rakyat terhadap PAS dan Pakatan Rakyat hari ini.

Walaupun zahir menampakkan bahawa rakyat tidak berubah tetapi hakikatnya rakyat sedang menunggu masa untuk mengajar BN pada PRU 13 ini sebagaiman rakyat Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang lakukan pada PRU 12 dahulu. Mungkin ramai yang mentertawakan pada yang dinyatakan di sini. Tetapi hakikatnya Allah sahaja yang tahu. BN tidak boleh mendabik dada kerana semua keputusan manusia digerakkan dan diberi hidayah oleh Allah.

Ditanya berapa kerusi yang akan ditandingi oleh PAS pimpinan tertinggi tersebut menjawab bahawa PAS akan bertanding dengan jumlah kerusi paling banyak di kalangan komponen PR.

Pada PRU 12 dahulu PAS bertanding sebanyak 13 kerusi, DAP 8 dan PKR 7 kerusi Dun. Bagi kerusi Parlimen PAS bertanding 1, DAP 2 kerusi dan PKR 3 kerusi.

Pimpinan PAS tersebut menyatakan bahawa kemenangan di 9 kerusi ini bukanlah sesuatu yang diluar jangkauan kerana telah mula menunjukkan perubahan termasuk pengundi Melayu.

"Tidak akan buat kejutan pada PRU 13 nanti, tunggulah, rakyat sedang menunggu masa untuk merobohkan kezaliman BN yang mengkayakan kroni, bergelumang dengan rasuah dan menyalahgunakan kuasa dengan hebat di Melaka ini".

"Rakyat dan tak tahan, anak muda, warga emas, kaum wanita semuanya akan berubah, mana tidaknya barang melambung naik, gaji tak naik, cukai macam-macam cukai, maksiat berleluasa, jenayah membimbangkan dan macam-macam lagi, kita ada fakta" ujar pimpinan tersebut.

Beliau optimis kali ini PR Melaka akan memenangi sekurang-kurangnya 20 kerusi DUN dan 4 kerusi Parlimen

[Read More...]


MELAKA TANAHAIRKU (EPISOD 1) : DUIT ZAKAT PUN MEREKA SELEWENGKAN



PELANCARAN SIRI KLIP VIDEO MELAKA TANAHAIRKU . Blog ini akan menerbitkan siri klip video bagi memperkatakan tentang isu-isu membabitkan pentadbiran, kewangan, pembaziran dan isu-isu masyarakat. 


Untuk EPISOD 1 - Melaka TanahairKU akan membongkar penyelewengan wang zakat yang dilakukan oleh kerajaan negeri Melaka, Majlis Agama Islam Melaka (MAIM). Walaupun isu ini telah bertahun-tahun lamanya berlaku tetapi pihak berwajib seperti SPRM dan lain-lain gagal mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang terlibat.

Tergamak pihak-pihak berkenaan  menyelewengkan wang zakat yang sepatutnya diberikan kepada ASNAF. Tetapi mereka menggunakan wang zakat untuk membina bangunan.

Malangnya bila perkara ini diadukan kepada SPRM, jawapannya yang diterima ialah tiada sebarang penyelewengan dan rasuah. SPRM memberi jawapan bahawa pihak Mufti menyatakan wang itu adalah wang lebihan zakat. Persoalannya jika benar ia wang lebihan zakat, bolehkah ia digunakan untuk membina bangunan????


Rakyat mesti sedar dan bangkit menolak pihak yang tergamak menyelewengkan wang zakat ini.


Ikuti penjelasan Pesuruhjaya PAS Melaka, Haji Adly Zahari tentang isu penyelewengan wang zakat ini.
[Read More...]


Pengakuan yang ditunggu : Ustaz Nasa TETAP SETIA pada PAS



Bekas timbalan presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa yang menerima asakan demi asakan berhubung kesetiaannya dalam parti, hari ini membuka mulut dan menyatakan beliau "tidak mempunyai niat sebesar zarah sekalipun untuk menyertai Umno."

Katanya, dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno, "terlalu jauh menyimpang daripada kebenaran dan langsung tidak berasas."

"Saya tegaskan di sini bahawa saya adalah ahli PAS dan perjuangan saya kekal bersama PAS untuk menjunjung risalah Islam, menyumbang kepada ummah dalam apa juga keadaan," katanya.

Bercakap dalam satu kenyataan hari ini, Nasharudin juga berkata beliau belum pernah mengungkapkan untuk menyertai Umno sepanjang pembabitan beliau dalam parti itu.

"Janganlah gunakan alasan mudah seperti ini untuk menyimpulkan tindakan, pandangan atau perhitungan politik saya pada ketika kita mengharung gelombang percaturan politik yang jauh lebih mencabar," katanya lagi.
Beliau yang popular dengan nama jolokan Nasha di kalangan peminatnya, juga tampil membuat penjelasan ringkas hari ini untuk menjawab "tohmahan" di media dan laman sosial.

Dakwaan bahawa beliau terperangkap dalam agenda Umno disuarakan setiausaha agung parti, Datuk Mustafa Ali yang turut menyelar bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali.

Mustafa juga menganggap Nasharudin dan Hasan kecewa kerana tidak dapat mempertahankan kedudukan masing-masing sebagai timbalan presiden dan pesuruhjaya Selangor.

Cuma apa yang ahli harapkan ialah beliau hadir pada Mesyuarat PAS Pusat kerana idea, tenaga dan pandangan beliau amat berharga kepada PAS. Beliau mempunyai ilmu yang tinggi, kemahiran bahasa yang mantap dan pandangan yang jauh. Satu lagi jangan membiarkan diri kita dipergunakan oleh musuh. Jika TV1, TV3 dan Utusan Malaysia memberikan ruang yang seluas-luasnya kepada kita, itu maknanya kita sudah termasuk ke dalam perangkap musuh.
[Read More...]


9 Januari : Hanya ADA 3 OPSYEN untuk Anwar, PR dan rakyat SUDAH BERSEDIA



9 Januari ini bakal menentukan landskap politik baru Malaysia. Itu antara ramalan dan telahan beberapa pemerhati politik. Mungkin era REFORMASI 2 akan berlaku setelah reformasi 1 pada 1998 dahulu.


Anwar akan menghadapi 3 kemungkinan. Pertama beliau didapati BERSALAH dan TIDAK dibenarkan ikat jamin sebelum menunggu prosess rayuan. Kedua, beliau DIBEBASKAN dan ketiga beliau didapati BERSALAH tetapi dibenarkan untuk IKATJAMIN sementara menunggu rayuan.

Jika beliau didapati BERSALAH dan TIDAK DIBENARKAN IKAT JAMIN maksudnya PR akan memasuki PRU 13 tanpa Anwar. Jika beliau dibenarkan IKATJAMIN maka Anwar TIDAK BOLEH bertanding tetapi boleh berkempen ke serata pelusuk negara pada PRU 13 jika ianya diadakan pada masa terdekat. 

Inilah opsyen-opsyen yang ada sekarang. BN sudah tentu mempunyai strategi tertentu bagi menghadapi situasi ini. Manakala PR sudah tentu bersedia dengan keadaan yang paling teruk iaitu Anwar disumbat dalam penjara tanpa dibenarkan ikatjamin.

Di pihak rakyat sebenarnya, kami sudah bersedia untuk mengundi PR walau siapa pun ketua mereka. Apa yang penting ASAL BUKAN Umno/BN (ABU).

Kita mengambil iktibar dari apa yang berlaku di Turki di mana Erdogan dipenjarakan oleh pemerintah hanya kerana kesalahan membaca sajak. Ketika Pilihanraya Turki pada masa itu, Erdogan merengkok dalam penjara. Parti Keadilan dan Pembangunan Turki (AKP) masuk pilihanraya yang menang. Mereka melantik Abdullah Gul menjadi Perdana Menteri dan Erdogan dibebaskan dan pilihanraya kecil diadakan. Erdogan dilantik menggantikan Abdullah Gul. Ini juga boleh diaplikasikan di Malaysia.

Apa penting PR mesti bersatu dan tidak mudah melatah dengan serangan dan provokasi BN yang sudah tentu akan mengambil kesempatan jika Anwar disumbat ke dalam penjara.

Kepada BN...............jangan bimbang, rakyat sudah cerdik walaup apapun BN lakukan......rakyat akan tetap TOLAK BN pada PRU 13 nanti.

[Read More...]


REKOD PEMBAZIRAN PEMIMPIN BN



Cuba anda teliti rekod PEMBAZIRAN pemimpin BN yang dimuatkan di dalam Risalah disebelah. 

Mereka berbelanja tanpa ingat kepada Allah dan rakyat. Harta dan duit rakyat dibuat macam harta mereka sendiri. Kita semua sebagai rakyat Malaysia sudah pasti TIDAK REDHA walau satu sen pun duit rakyat DIBAZIRKAN sedemikian rupa.

Ayuh rakyat bangkit tumbangkan BN pada PRU 13 nanti.

[Read More...]


UMNO takut hudud, Orang bukan Islam Kelantan sokong hudud



Umno memang dari dahulu takut hudud dilaksanakan. Macam-macam alasan mereka beri bagi menafikan hudud dari dilaksanakan. Masyarakat majmuk, belum bersedia, tidak sesuai, nanti ramai orang Islam kudung dan seribu satu macam alasan diberikan bagi mempengaruhi rakyat supaya menolak Hudud. Mereka tidak suka dan tidak redha hukum Allah dilaksanakan. Mengapa? Adakah mereka takut ianya terkena kepada mereka. Orang yang takut kepada hudud ialah orang jahat sahaja. Orang baik yang tidak melakukan kesalahan jenayah biasanya tidak takut kepada undang-undang termasuk hudud.

Hari ini Portal Malaysiakini melaporkan suatu cerita di mana Wanita Bukan Islam Kelantan tidak takut kepada hudud malah menyokongnya.

Beberapa orang anggota masyarakat bukan Islam yang ditemuiMalaysiakini di Kota Bharu menolak pandangan bahawa undang-undang hudud yang telahpun diluluskan di negeri itu akan menjejaskan kegiatan ekonomi mereka.

Individu berkenaan sebaliknya berpandangan, undang-undang berkenaan akan dapat mengurangkan kadar jenayah seperti rompakan.

Seorang daripada mereka, yang ingin dikenali sebagai Puan Gan berpendapat penjenayah akan lebih takut untuk melakukan perbuatan itu kerana hukuman berat yang boleh dikenakan melalui undang-undang berkenaan.

Kedai kasutnya itu terletak berhampiran zon bersejarah Kota Bharu yang menempatkan bangunan dan lokasi bersejarah yang menjadi tarikan pelancong, termasuk Balai Syura, Istana Jahar dan Istana Batu.

Malangnya, kawasan itu sunyi pada waktu malam dan beliau bimbang keadaan itu akan mengundang kegiatan jenayah.

"Awal tahun ini, kedai emas (di hadapan kedainya) telah dirompak. Sebab itulah sekiranya undang-undang hudud ini dikuatkuasa, orang akan berfikir dua kali sebelum melakukan rompakan," katanya.

Wanita kelahiran Selising, Pasir Puteh itu juga yakin hukuman hudud seperti potong tangan akan mengelakkan jenayah seperti itu berlaku.

"Memanglah bunyinya sangat kejam (potong tangan). Tapi sekiranya seorang mangsa ragut terjatuh dan cedera parah, ia akan memberi kesan mendalam kepada keluarga... Mungkin lebih teruk," katanya lagi.

NONEDitanya lanjut, Puan Gan juga berpandangan bahawa peraturan keislaman yang diperkenalkan pihak berkuasa tempatan – Majlis Perbandaran Kota Baru Bandaraya Islam – tidak menjejaskan beliau.

Peraturan tersebut termasuk denda yang dikenakan ke atas wanita Islam untuk kesalahan tidak menutup aurat, termasuk tidak memakai baju berlengan panjang.

"Saya tidak fikir ia memberi kesan sangat kepada kita, malah orang Cina di sinipun berpakaian sopan, mungkin kita lebih konservatif," katanya yang menambah peraturan itu tidak dikuatkuasakan dengan ketat.

Beliau bagaimanapun terkejut apabila diberitahu bahawa ramai golongan bukan Islam di pantai barat Malaysia menentang hudud dan hukuman berkenaan.

"Kadang-kadang saya rasa surat khabar mainkan isu ini banyak sangat," katanya lagi.
[Read More...]


Mr Muscle Melaka cemarkan Islam - Pemuda PAS Melaka





Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Negeri Melaka, Mohd Aizat Baharuddin kesal dengan program Pesta Pantai Melaka yang di lihat tidak sensitif dengan nilai agama dan tidak menggambarkan nilai ketimuran orang Melayu.

Aizat berkata acara Mr. Muscle Beach yang menjadi antara aktiviti di Pesta Pantai Melaka yang di adakan baru-baru ini di Pantai Tanjung Bidara.

"Program ini bertujuan menarik pelancong luar dan tempatan untuk menikmati percutian di pantai Tanjung Bidara ini selain mempromosikan lokasi ini kepada pengunjung."

"Di katakan terdapat 20 acara yang di adakan sepanjang tempoh pesta tersebut di jalankan seperti persembahan silat, pameran sejarah, galeri dari beberapa agensi kerajaan dan swasta dan banyak lagi termasuk acara Mr. Muscle Beach." ujar Aizat.

Menurut Aizat apa yang membimbangkan, acara Mr.Muscle Beach ini di lihat tidak sesuai di adakan lebih-lebih lagi di khalayak umum yang mana semua golongan masyarakat hadir menyaksikan termasuk kanak-kanak.

"Ianya kelihatan janggal apabila acara seperti ini di adakan di tempat terbuka dan di kawasan majoriti masyarakat Melayu Islam."

"Tidakkah ianya suatu yang agak memalukan dengan persembahan dan tayangan bentuk badan tanpa seurat benang, hanya seluar dalam yang menutup tubuh?" soal Aizat

Katanya, program tersebut juga jauh dari nilai dan adab budaya Melayu yang menjadikan batas agama sebagai pelindung selain menjadikan sifat malu itu sebagai asas dalam ajaran Islam. Sedangkan Islam sendiri membataskan aurat agar tidak di tayang di khalayak ramai.

"Tidak di nafikan ada acara-acara lain yang memberi manfaat kepada pengunjung tetapi alangkah baik ianya tidak di cemari dengan acara yang di luar batas dan adab agama dan Melayu seperti ini."

"Seharusnya peranan kerajaan negeri sebagai pendidik rakyat harus menerapkan budaya sopan santun dan adab sopan yang di amalkan dalam agama dan budaya Melayu melalui program-program yang dia dakan." tambah Aizat.

Aizat berkata bila mana agama melarang sesuatu, sebagai contoh membuka aurat sudah pasti ia ada keburukannya kerana sifat malu yang seharusnya menjadi pendiding untuk tidak melakukan maksiat telah di buang. Seperti mana keruntuhan akhlak dan moral remaja yang berlaku hari ini kerana hilangnya sifat malu dan tidak takut pada dosa.

"Sudahlah pengaruh barat telah masuk ke setiap rumah melalui televisyen, kini kerajaan negeri pula memperkenalkan lagi acara yang di lihat mempromosikan lagi budaya Barat melalui acara tayangan bina badan di khalayak ramai ini." kata Aizat.
[Read More...]


Umno tidak boleh dipakai lagi - bekas Pengarah Pendidikan



BUTTERWORTH, 20 Dis: Bekas Pengarah Pendidikan Negeri Perak, Datuk Adnan Ibrahim yang juga pelakun bersiri 'Cucu Opah nak kahwin lagi' rasa terpanggil untuk bersama turun padang memberikan penjelasan kenapa perlu rakyat tolak Umno dan Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya umum ke 13 nanti.

Jelas sekali ujarnya, Umno dan BN mempunyai kepimpinan yang sudah korup dan tidak releven lagi untuk memegang tampuk pemerintahan ekoran terlalu banyak skandal sehingga boleh membawa negara ke arah kehancuran.

"Saya walaupun tidak sihat, rasa bersalah sekiranya tidak bersuara mengatakan yang hak sebab itu saya datang untuk menyampaikan apa yang terpendam dalam lubuk hati selama ini.  

"Umno dan BN tidak boleh pakai lagi apatah untuk kita bergantung harap membela nasib orang Melayu, " ujarnya ketika ditemui selepas program ceramah perdana di Pekan Darat, Butterworth semalam.

Apa guna dirinya yang diberikan kesihatan sihat tinggal diam di rumah padahal penyelewengan terus berlaku dengan memperdayakan rakyat miskin sebagai 'kambing hitam' bagi mengaut undi, katanya.

"Kerajaan BN memang begitu, mereka akan membahagikan harta kekayaan sesama kroni dengan membiarkan rakyat berputih mata terutamanya bagi mereka yang sememangnya mempolopori bidang tertentu.

"Kes lembu membabitkan Menteri Wanita, Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil sungguh memalukan kerana ia bukan pendedahan golongan yang mencari kesempatan sebaliknya didedahkan Audit Negara yang telus dan profesional," terangnya.

Tambah beliau, akibat terlalu banyak penipuan dan penyelewengan membuatkan rakyat mempertikaikan keikhlasan BN yang sanggup memberikan wang RM500 kepada setiap keluarga sedangkan negara terus dicengkam bebanan hutang yang tinggi.

Jika kerajaan terlalu prihatin terhadap rakyat bukan sekarang mereka mulakan pemberian RM500 itu tetapi sejak dulu lagi sebab kemiskinan rakyat sudah lama, katanya.

"Jika BN benar-benar mahu bantu rakyat kenapa hari ini  baru nak bagi RM500.  Mereka buat secara mendadak semata-mata dengan tujuan yang tersembunyi," tambahnya.

Pemberian itu pun, bagi beliau, disebabkan timbul perasaan irihati setelah rasa tergugat dengan pemberian beberapa skim oleh Kerajaan Negeri Pakatan Rakyat.

"Adalah tidak lojik lagi, rakyat yang sudah matang masih tidak berani buat perubahan demi kebaikan semua pihak serta negara," kata Datuk Adnan.

Menceritakan kesungguhan dirinya untuk turun berkempen di mana sahaja sekiranya dijemput beliau yang ada pertalian dengan pejuang kemerdekaan Leftenan Adnan menambah, semua itu dibuat untuk membuang perasaan bersalah dalam dirinya yang bekerja untuk kerajaan sedangkan kerajaan yang disanjung melakukan penindasan, penipuan dan penyelewengan yang ketara memalukan.

Peliknya, ujar beliau, kenapa mereka yang ada jawatan tinggi dalam kabinet tidak langsung timbul perasaan bersalah atau meletakan jawatan bila gagal sebagai menteri sebaliknya terus bangga dengan kesalahan yang dibuat.

Beliau bertanya apakah kapasiti mereka yang asyik melakukan penyelewengan mengaku sebagai Umat Islam sedangkan mereka memakan daging saudara sendiri.

"Pesanan saya kepada rakyat gunalah otak, guna akal, guna jari, guna perasan dan gunakanlah kesempatan yang ada untuk menegakan yang hak memerangi yang batil.  Jangan takut buat perubahan yang menguntungkan semua pihak," tegasnya lantang.

Program anjuran PAS Kawasan Tasek Gelugor itu turut menyaksikan penyerahan 15 keping borang permohonan menjadi ahli PAS di sekitar kubu kuat Umno di Permatang Binjai.  

Kemasukan itu diketuai bekas Ketua Pemuda Umno Cawangan Permatang Binjai, Saudara Hasni.

Borang diserahkan kepada Timbalan Presiden PAS, Haji Mohamad Sabu yang dijemput khas memberikan ucaptama bersama Pesuruhjaya PAS Negeri Pulau Pinang, Datuk Saleh Man dan Yang Dipertua PAS Tasek Gelugor, Ustaz Khalid Man.
[Read More...]


Adun DAP Bukit Gasing meninggal dunia



KUALA LUMPUR, 20 Dis: DAP hari ini mengucapkan takziah terhadap keluarga Ahli Dewan Undangan Negeri Bukit Gasing, Edward Lee, yang meninggal dunia akibat barah kolon pagi tadi.
Lee, 61, menghembuskan nafas terakhir berikutan barah yang telah merebak ke hati dan tulangnya, lapor Roketkini.
Ketua Parlimen DAP Lim Kit Siang berkata, beliau terkejut dan sedih dengan pemergian Lee.
“Takziah kepada keluarga beliau. Malaysia telah kehilangan seorang patriot yang tekun dan rajin. Rest in peace,” katanya melalui mesej Twitter.
Lee memenangi kerusi Dun Bukit Gasing dalam pilihan raya umum 2008 atas tiket DAP setelah menewaskan calon penyandang Gerakan Datuk Dr Lim Thuang Seng dengan majoriti 8,812 undi.
Sebelum itu, mendiang adalah aktivis alam sekitar di Petaling Jaya, khususnya bergiat untuk menyelamatkan Bukit Gasing untuk dikekalkan sebagai kawasan hijau di Selangor.
Pengerusi DAP Selangor Teresa Kok berkata, Leed yang beliau kenal merupakan seorang yang jujur dan perihatin terhadap masyarakat khususnya golongan yang tidak bernasib baik.
“Takziah kepada keluarga beliau, semoga tabah dan kuatkan azam terhadap mendiang,” katanya.
Lee merupakan Pembantu Exco Pengerusi Jawatankuasa Tetap Pelancongan, Hal Ehwal Pengguna dan Alam Sekitar Selangor, Elizabeth Wong.
Mendiang juga merupakan salah seorang anggota Jawatankuasa Pilihan Khas Selangor Mengenai Keupayaan, Kebertanggungjawaban dan Ketelusan (Selcat). – Roketkini.com
[Read More...]


Galeri Album

Aktiviti Terkini

Suara Rakyat

Facebook

Informasi Alternatif

fb_dupp

Pengunjung